UGC LATEST UPDATES

    This image for Image Layouts addon

    UiTM Raih 5 Diamond LCC2030, Perkukuh Kepimpinan Kampus Rendah Karbon

    11 Februari 2026 – Universiti Teknologi MARA sekali lagi mengukir pencapaian membanggakan dalam agenda kelestarian apabila Seksyen 1 UiTM serta tiga bangunan utama di UiTM Shah Alam dianugerahkan penarafan 5 Diamond dalam Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030).

    Tiga bangunan yang menerima pengiktirafan tertinggi ini ialah Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Bangunan Akademi Pengajian Bahasa (APB), serta Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. Pencapaian ini bukan sekadar simbolik. Ia mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan memperkukuh amalan pengurusan kampus rendah karbon secara sistematik.

    Cabaran LCC2030 merupakan inisiatif nasional yang diterajui oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Program ini memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, jabatan kerajaan, NGO serta sektor swasta yang menunjukkan tindakan nyata dan konsisten dalam usaha menangani perubahan iklim serta mempercepat agenda pembangunan mampan negara.

    Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Arthur Joseph Kurup, Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Mewakili UiTM menerima anugerah tersebut ialah Prof. Madya Ts. Dr. Khairy Khalid, Pengarah UiTM Green Centre, bersama Dr. Sharil Fadli Mohammad Zamri dan Dr. Muhammad Azwan Sulaiman, Koordinator UiTM Green Centre.

    Pengiktirafan ini memperkukuh kedudukan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga tegas memimpin transformasi kelestarian kampus demi masa depan yang lebih hijau dan bertanggungjawab.

    (dikemaskini pada 15/2/2026)

    This image for Image Layouts addon




    PERBINCANGAN MEJA BULAT 1 (RTD1) – TUNE UTM Bilik Mesyuarat LPU, Aras 17, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur 
    3 Mac 2026

    Pada 3 Mac 2026, UiTM Green Centre (UGC), Jabatan Pembangunan UiTM Shah Alam telah dijemput menyertai Perbincangan Meja Bulat 1 (RTD1) di bawah inisiatif TUNE ERASMUS+ CBHE yang berlangsung di Bilik Mesyuarat LPU, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. UiTM diwakili oleh Sr Dr. Wan Samsul Zamani Wan Hamdan, Timbalan Pengarah UGC, sebagai panelis pakar.

    Penyertaan ini bertujuan berkongsi pengalaman UiTM dalam pengurusan kampus hijau, menyelaraskan inisiatif kelestarian dengan keperluan industri, serta mengenal pasti jurang kemahiran bagi menyokong pembangunan Green Jobs di Malaysia. Dalam sesi tersebut, beliau menekankan peranan kampus hijau sebagai “living lab” untuk latihan praktikal pelajar, kepentingan gabungan kemahiran teknikal, literasi data dan pematuhan ESG, serta keperluan kerjasama lebih kukuh antara industri dan akademia.

    Perbincangan turut merumuskan bahawa transisi hijau kini menjadi keperluan mandatori, dengan permintaan tinggi terhadap kemahiran baharu seperti integrasi AI dalam kelestarian dan pelaporan ESG. Selain itu, mikro-kredensial dan pensijilan bertindan dilihat penting bagi memperkukuh pembangunan bakat hijau negara.

    Penyertaan ini mengukuhkan kerjasama strategik UiTM–UTM melalui projek TUNE serta memperlihatkan peranan UiTM sebagai rujukan dalam pengurusan kampus hijau dan pembangunan bakat lestari.

    (dikemaskini pada 4/3/2026)

    This image for Image Layouts addon

    Sesi perbincangan draft Akhir garis panduan EV Charging di Kampus UiTM

    Sesi perbincangan draf akhir Garis Panduan EV Charging di Kampus UiTM telah berlangsung pada 4 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pembangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Sesi ini diadakan sebagai platform strategik bagi memperincikan cadangan pelaksanaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV Charging) di kampus UiTM selaras dengan aspirasi kelestarian kampus, pembangunan hijau, serta agenda transformasi tenaga rendah karbon universiti.

    Pembentangan garis panduan tersebut telah disampaikan oleh Gs Ts Sr Dr Muhammad Azwan Sulaiman, Koordinator UiTM Green Centre (UGC), mewakili Pengarah UGC, kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Sr Dr Md Yusof bin Hamid. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah pakar rujuk dan wakil daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM yang terlibat secara langsung dalam aspek pembangunan, teknikal, operasi, keselamatan, pengurusan fasiliti, serta kelestarian kampus.

    Perbincangan ini bertujuan mendapatkan maklum balas, pandangan profesional, serta cadangan penambahbaikan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan garis panduan EV Charging yang dibangunkan bersifat komprehensif, praktikal, selamat, dan selaras dengan keperluan semasa serta hala tuju pembangunan mampan UiTM. Garis panduan ini dijangka menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan kemudahan pengecasan EV di seluruh kampus UiTM pada masa hadapan.

    (Dikemaskini pada 5/5/2026)

    UGC  VIDEO

    Website Statistics

    Today


    *Data source: Google Analytics

    Contact us

    UiTM Green Centre (UGC)

    Pejabat Pembangunan Infrastruktur &
    Infostruktur, Universiti Teknologi MARA,
    40450 Shah Alam, Selangor.


    Tel: (+603) 55211941 / 1922


    email: ugc@uitm.edu.my